Wednesday, April 8, 2009



MENGAPAI IMPIAN


Lihatlah jejak langkah,
Itu adalah jejak langkahmu,
Lihatlah juga ke depan,
Itu adalah masa hadapanmu

Impian itu selalunya di atas
Langit yang tinggi,
Tidak dapat mengapainya,
Tetapi, perlu terus berusaha,
Mengapai Impian itu,
Tanpa jemu tanpa mengalah.

Kita perlu mengerti,
Selagi mentari esok dari pembaringannya
dan selagi masih ada nafas di pinjamkan Tuhan,
kita harus melangkah
melangkah dan terus melangkah
kerana di depan ada impian,
impian yang akan dikapai
impian setinggi awan biru.

Kita harus tetap menderapkan langkah,
Meskipun laju,
Meskipun perlahan
Kerana kita perlu tahu
Tuhan menjanjikan bahagia
untuk kita esok hari,
bersama mentari yang muncul

di ufuk timur.






No comments:

Post a Comment